Aug 18, 2009

KARMA

apa erti sebenar keseronokan? Kalau ditanya mesti jawapan klisenya ialah seronok itu sangat subjektif... definisinya berbeza mengikut individu... hmm, mungkin betul kot... manusia ni macam-macam ragam... sedangkan manusia yang paling seiras pun ada kontranya...

aku teringat pada suatu ketika aku pernah bertanya, “kenapa orang sanggup buat jenayah macam membunuh, merompak, meragut sedangkan tahu ianya salah dan kalau terlepas di dunia pasti kat akhirat akan mendapat balasannya”... Abi pula jawab, “kalau semua orang macam umi, fikir jenayah tu salah dan berdosa, maka takkan adalah penjenayah kat dunia ni”...

di fikiran aku terlalu sarat memikirkan apa yang orang fikirkan tentang aku... apakah orang fikir aku ni sombong? bongkak? berlagak? kera sumbang? cerewet? aaarrrghhh... aku bukan semua itu tapi mampukah aku untuk menafikannya pada setiap orang yang berfikir sebegitu? sayangnya, aku tak peduli apa orang cakap pasal diri aku kalau orang tu tak pernah tolong masa aku susah... atau tak pernah ambil peduli pun pasal aku...

dah macam-macam orang cakap pasal aku... semuanya aku biarkan berlalu... apa yang penting abi tahu siapa sebenarnya isteri dia... macam tu juga dengan abi... walaupun macam-macam yang orang lain katakan pasal dia, tapi aku lebih memahami siapa sebenarnya suami aku... kepada kawan-kawan baik aku juga, tak perlu aku terangkan kepada korang tentang semua situasi itu... cukup bila aku katakan supaya korang jangan percaya semua itu... dan korang memang lebih tahu siapa aku sebenarnya... terima kasih daun keladi...

aku nak minta maaf kepada kawan-kawan ofis aku sebab aku tak pernah duduk berkumpul dengan korang sambil bergelak ketawa dan bergosip masa kat ofis... aku minta maaf kepada mereka yang memalingkan muka di saat aku tersenyum ketika terserempak dengan mereka... aku minta maaf kepada bos yang membenci aku kerana aku tidak pandai membodek mereka... aku minta maaf pada ketua aku yang bengang sebab aku selalu tidak datang kerja bila anak aku tak sihat... aku juga minta maaf kepada sesiapa yang tak suka aku sebab aku cuma berdiam diri bila mereka mengadu domba pada aku... maafkan aku juga kerana aku tidak pandai bersosial...

setiap hari aku begitu sibuk memikirkan macam mana nak majukan bisnes... aku asyik fikir macam mana nak membesarkan anak aku di zaman yang begitu mencabar ini... aku asyik fikirkan macam mana nak jalankan tanggungjawab aku kepada suami aku... aku asyik fikir macam mana nak meningkatkan amal ibadah kepada yang Esa... aku asyik fikirkan macam mana aku boleh berjaya dan membantu insan lain...

dalam hidup, aku pentingkan kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan... aku fobia menyaksikan kawan baik yang berkongsi hobi mengumpat dan mencaci orang lain kemudian di belakang kawannya itu, dia mengumpat dan mencaci kawannya pula... aku fobia dengan orang yang suka bermuka-muka, juga dengan orang yang suka mengkhianati... aku percaya dengan hukum karma... aku percaya kebenaran adalah hakikat walaupun kadangkala ianya pahit yang amat... mungkin sebab itu aku dinamakan shahida... semoga aku terselamat dan sentiasa dilindungi Dia... Amin