walaupun ensyirah belum pandai berjalan tapi aku dah belikan beliau sepasang kasut nike.. comel sangat kasut tu.. mesti ensyirah suka (ensyirah suka ke ummi yang suka??).. setiap kali aku belikan barang aku mesti bagitau yang aku ada surprise untuk beliau.. abi memang tak boleh nak cakap apa-apa.. nak beli makanan, ensyirah belum boleh makan lagi.. kadang-kadang sampai bajet bulanan lari sebab beli barang-barang ensyirah.. barang-barang baby memang kecil-kecil dan comel tapi harganya kalah baju orang dewasa..
aku memang tak kisah sangat keluar duit untuk ensyirah.. yelah time aku kecil-kecil dulu manalah dapat tu semua jadi bila dah ada anak sendiri excited tu terlebih-lebih.. sekarang ni stop dulu shopping untuk ensyirah sebab tengah saving duit untuk beli baju raya pulak.. ada sepasang gaun baby yang cantik sangat dekat alamanda dan aku memang dah cakap dekat abi yang aku akan beli gaun tu untuk ensyirah nanti.. harga agak mahal tapi takpe raya setahun sekali.. lagipun baju tu boleh pakai time pergi majlis atau kenduri.. okeylah.. dipendekkan cerita aku dengan abi sempat rakamkan gambar ensyirah di hari pertama beliau pandai meniarap.. jom tengok..

senyuman bangga dapat meniarap sendiri..

ensyirah memang pandai posing depan camera..

tengah cuba untuk mara ke depan..

sebelum tu tengok kanan dulu..

tengok kiri..

tengok kanan semula..

bersedia untuk melintas..

huhu.. saya dah penat ni..

tolong saya ummi..

baru lega hati saya..

nak buat-buat tidurlah..

setakat itu je untuk hari ini.. tata!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.