Jul 27, 2009

Jangan Terlalu...

Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang
Urat sekitar kaki menjadi kembang

Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging
Akan mudah dihinggapi penyakit tua
Tubuh badan menjadi kendur

Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat

Terlalu lama melihat
Merosakkan darah

Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga
Menjadi pemalas
Jauh jodoh!

Terlalu banyak ketawa/gembira
Merosakkan usus

Terlalu kerap marah
Merosakkan hati
Cepat kelihatan tua

Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut

Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung

Terlalu merana
Merosakkan paru-paru

Terlalu takut
Merosakkan ginjal
Mengakibatkan kencing manis dan lemah jantung

Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu
Gejala pening kepala kerap dialami

Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

Terlalu banyak minum minuman berais
Merosakkan otot & lambung
Badan menjadi lembik
Berat badan meningkat
Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.