RASULULLAH s.a.w telah bersabda –
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"
iaitu:-
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,
ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian,
boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin,
akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan,
boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara,
akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya,
akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat,
boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda –
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati al-Quran itu ialah Yassin.”
Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
- Sabda Rasulullah s.a.w –
"Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.”
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan
dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
orang yang suka membaca Yaasin sehingga
datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah s.a.w bersabda –
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka,
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan
dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya”.
Get Nail Art Anak Anak Pictures
-
*Get Nail Art Anak Anak Pictures*. Harga kutek dan nail art anak llama
scented blitz & glitz nail art hot focus. Fever,mickey mouse snow white
nail stic...
4 years ago
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.