1. Kalau ada kelas pagi, adalah perkara biasa untuk datang lewat ke kelas. Berebut-rebut naik bas juga adalah perkara biasa. Biasanya, bas akan bergerak dengan tersangatlah perlahan sebab dah terlebih muatan.
2. Student datang lewat adalah perkara biasa tapi lecturer lewat bukan perkara biasa. Jadi kena pastikan yang lecturer betul-betul tak hadir, supaya boleh tukar kepada plan B, tengok wayanglah apa lagi.
3. Kalau kelas tuto memang masing-masing buat muka mengantuk jer supaya lecturer bagi break. Biasanya tak lebih 10 minit tapi ada juga yang buat-buat terlajak sampai sejam. Sempat lagi pergi makan-makan dekat sidewalk cafe sambil tegur kawan-kawan yang baru nak pergi kelas.
4. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kalau hari ni tak dapat nak pergi kelas, kena minta tolong kat kawan yang rajin pergi kelas untuk sign attendance. Nanti bila dia tak dapat datang, offer kat dia untuk sign attendance dia pulak.
5. Lecturer suka cakap laju kat depan sampai tak sempat nak salin ayat-ayat penting yang dicakapkan. Terus patah semangat nak salin nota. Jadi buat-buatlah salin ‘nota’ atau lebih tepat luahan hati yang dah tertulis pada kertas yang tadi kosong. Siap dengan lukisan yang indah.
6. Sanggup bersengkang mata siang dan malam sebab nak tengok vcd cerita Jepun dan Korea yang teramatlah banyak sirinya. Yang bagusnya, time exam mata dah lali. Bolehlah study sampai pagi.
7. Di awal semester, selepas PTPTN dah memasuki akaun, maka bermulalah episod shopping sakan dan makan best-best. Masing-masing mengaku tak selera nak makan ikan jaket kat dining. Tapi senario berbeza di hujung semester, kita kena makan apa yang ada.
8. Aktiviti kokurikulum adalah subjek wajib untuk student semester 1 & 2. Paling senang nak score, Kesatria Negara. Tapi semua tak boleh nak fokus belajar kawad, asyik fokus kat Komander yang ajar kawad jer. Sampai jatuh cinta. Siapa yer?
9. Kalau nak stay di kolej, kenalah kumpul kupon aktiviti. Hanya yang aktif sahaja layak. Jadi sekretariat kolej paling best. Bila ada sportcheck, barang-barang elektrik yang tak berdaftar segera diselamatkan dulu. Sayangnya, aktiviti kolej yang dibuat hanya disertai oleh sekretariat sendiri.
10. Kalau duduk kolej, setiap penghuni bilik akan dipilih secara rawak. Jadi setiap semester memang akan dapat roomate yang berlainan. Amalan squatting pulak memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Berapa ramai jer yang tahu nama penuh roomate beserta dengan course masing-masing.
11. Aktiviti selepas makan di dining adalah duduk di foyer kolej sambil memerhatikan para kekasih menjemput pasangan masing-masing. Masa ni memang agak syahdu buat mereka yang hidup solo. Ada cik akak yang tukar-tukar boyfriend setiap hari, apa kes?
12. Kalau waktu-waktu lepas isyak, kawasan foyer memang penuh dengan si gadis yang sedang bergayut di public phone dengan cinta hati masing-masing. Ada yang bawa sekarung duit syiling. Mungkin guna hp mahal kot. Memang orang perempuan banyak berkorban jiwa, masa dan wang ringgit untuk orang lelaki. Lalala~
13. Hidup di kolej memang kena sentiasa berkongsi. Kadang-kadang, maggi yang sebungkus boleh dimakan bersama 10 kawan yang lain. Ada juga yang cakap mereka berselera bila tengok kita makan walaupun hanya biskut kering cicah nescafe. Begitulah kata-kata permulaan untuk sebuah perkongsian. Tapi bab nak membeli stok makanan memang jarang sangat.
14. Tak macam di rumah, mungkin ada tv di bilik sendiri atau paling kurang pun di ruang tamu. Tapi kat kolej, ada 6 tingkat x 20 bilik setiap tingkat x 4 orang setiap bilik. Memang tak terjangkau dek akal fikiran bila sebuah bilik tv yang hanya seluas sekangkang kera dapat menempatkan seluruh penghuni kolej ketika malam anugerah AIM, atau Anugerah Skrin, atau Anugerah Juara Lagu.
15. Di hujung semester sebelum cuti bermula, mesti nak buat trip ke mana-mana lokasi dalam negara. Memang seronok tapi nak manage sebuah percutian yang sempurna memang agak payah bila nak control budak-budak U ni. Tak sama macam bawak rombongan budak-budak sekolah pergi taman burung.
Banyak lagi sebenarnya benda-benda yang hampir semua student berkongsi kisah yang sama. Student life memang paling best. Agaknya apalah yang kawan-kawan aku buat sekarangkan. Ada yang dah masuk tv. Ada yang dah kahwin & beranak-pinak. Ada yang belum habis belajar. Ada yang dah berjaya dalam kerja. Dan yang sedihnya ada yang dah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah. Apapun, semoga korang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt~
Get Nail Art Anak Anak Pictures
-
*Get Nail Art Anak Anak Pictures*. Harga kutek dan nail art anak llama
scented blitz & glitz nail art hot focus. Fever,mickey mouse snow white
nail stic...
4 years ago
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.