Jul 27, 2009

Ada Apa Dengan Nama?

ada apa dengan nama? harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. nama yang membawa maksud yang baik adalah doa bila kita memanggil dan menyebutnya.. selain itu nama tu mestilah tak memalukan orang yang empunya nama.. jadi kenalah bagi nama yang baik untuk anak-anak kita..

masa aku jadi guru sandaran dulu, salah seorang anak murid aku bernama shah rukh khan.. dah lah shah rukh khan ni ketua darjah, jadi setiap kali nak panggil dia aku mesti tersenyum dulu.. rasa janggal sangat nak sebut nama dia.. haha.. mungkin emak dia peminat no.1 shah rukh khan..

sebelum tu aku pernah kerja kat hong leong bank bahagian kad kredit.. banyak jugaklah nama yang unik dan pelik yang aku jumpa.. antaranya ialah nama ibu kepada si pemohon kad kredit iaitu bunga.. ada pulak seorang lelaki dari sabah yang namanya adalah colombia..

bukan nak dijadikan bahan ketawa, cuma berkongsi cerita.. tak kurang juga yang kat bawah ni.. the last superhero in the world..



sebelum ensyirah lahir aku adalah buat shortlist nama-nama baby.. walaupun aku sebenarnya dah lama pilih nama insyirah.. abi pulak tak kisah.. aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan nama insyirah tu sejak aku umur 10 tahun lagi.. baru darjah 4 tapi dah plan nama anak tu.. aku memang futuristic sket.. time mak aku nak bersalin adik aku, ustaz sebelah rumah lama aku pun bagilah beberapa nama yang sedap-sedap dan baik maknanya.. nasib baik mak pilih nama nur ilham nafia’h untuk adik aku.. sejak tu aku nekad namakan anak aku insyirah..

tapi aku ada juga list nama lain, untuk next baby maybe :)..
sharifah -> baik
keisya/ keysha -> hidup dalam keadaan baik
khayla -> cantik
insyirah -> kegembiraan, kelegaan hati
amanda -> penyayang
awadah -> baik, lembut
ufairah -> pemberani
uzma -> terbaik
qaireen -> kebaikan
zenia -> sejenis bunga
wafiyyah -> sempurna, lengkap
tsuraya/ tsurayya -> bintang
rubeina -> bijak
maritza -> diberkati
mufeeda -> berguna
najeeba -> kelahiran yang baik
numa -> cantik

sempat jugaklah aku berebut dengan rozi pasal nak nama insyirah.. tapi memandangkan aku dah kahwin dan mengandung dulu, jadi nama tu jadi milik aku.. hehe.. jangan marah eh rozi.. lagipun dah lama aku decide nak nama tu.. cuma aku ubah sikit ejaannya menjadi ensyirah.. style sikit.. hihi.. skang rozi pun dah pregnant.. katanya due 18 Februari 2010 (a fews days after my ensyirah 1st birthday).. congrates dear! aku berjaya juga buat ko pregnant.. haha.. nak juga ke nama insyirah tu??.. or nama yang lagi satu tu.. ilham tahura?? ooopppsss..

walaupun dah ada basic name ensyirah tapi pening gak nak decide nama pangkalnya.. memandangkan abinya syed dah tentu sharifah ensyirah nama anakandaku.. mak dan mak mertua aku cadangkan sharifah nur ensyirah tapi aku macam tak berapa setuju.. sharifah nur ensyirah bt syed nur amirul.. rasa cam adik-beradik la pulak.. akhirnya dengan wajah yang serius buat julung-julung kalinya aku buat keputusan sendiri.. dan hasil persetujuan tuan syed maka dengan rasminya seperti tercatat dalam mykid  sharifah ensyirah al-asyh bt syed nur amirul.. nama al-asyh tu akan diperturunkan untuk generasi aku akan datang tapi tetaplah dari silsilah al-jamalullail k..



ensyirah bermaksud kegembiraan, kelegaan hati.. seperti juga kehadirannya yang membawa kegembiraan kepada umi dan abinya serta orang di sekelilingnya.. umi doakan semoga ensyirah menjadi anak yang baik, cerdik, solehah selain dari wajahmu yang jelita itu.. hihi..

aku juga ada buat shortlisting nama untuk baby boy.. hehe.. mungkin beberapa tahun lagi kot.. belum terfikir lagi nak tambah baby.. biarlah ensyirah manja puas-puas dulu.. tapi nama untuk baby boy pun aku dah pilih sebenarnya..

kameel -> sempurna, lengkap
mirza -> anak yang baik
elman/ ilman -> berpengetahuan
emir -> pemimpin
akheel -> bijak
iman -> kepercayaan

rasanya 2 baby jer dah cukup kot.. small family jer.. asalnya aku nak 4 but akhirnya setuju dengan tuan syed, 2 is enough.. hopefully next will be a boy.. kalau tak, kena tambah lagi ler.. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.