Jul 27, 2009

Fakta atau Auta??

1.aku baru jer menjangkau 26 tahun pada 20/6.. walaupun umur dah makin bertambah tapi aku rasa macam semakin muda la plak... kuikui :) tapi aku mengaku fikiran dah agak matang KOT..

2.“hati saya sudah dimiliki” oleh suamiku yang tercinta, syed nur amirul bin syed sofian.. tak sangka budak yang duduk sebelah aku kat ofis dah jadi suami aku.. beliau adalah kawan baik, kekasih, suami dan juga kawan bergaduh aku yang paling baik.. pendek kata my bff lah.. muah!!

3.aku juga ada seorang lagi buah hati, sharifah ensyirah al-asyh bt syed nur amirul.. beliau adalah anakandaku yang teramat kukasihi.. baru jer dilahirkan tanggal 8 februari 2009 : 8.20pm : 2.58kg.. kalau nak tahu nama insyirah tu aku pilih sejak umur aku 10 tahun.. maksud insyirah ialah kegembiraan.. tapi aku tukar spelling jadi ensyirah.. stail sket.. heheh

4.aku dan suamiku mempunyai latarbelakang keluarga campuran arab dan jawa.. setelah cerita punya cerita punya cerita, rupa-rupanya kami bersaudara.. cayer tak sebenarnya semua umat islam memang bersaudara?..

5.zaman bercinta memang indah.. (lepas nikah pun indah lagi) lagu cinta kami ialah ‘jangan pisahkan’ versi indonesia dengan lagu omputeh ‘you are my everything’.. kalau pergi karaoke atau kenduri kahwin, memang tak segan-segan nak berduet nyanyi lagu ni..

6.aku dengan suami aku memang minat sangat dengan kereta-kereta ni.. impian kami nak beli toyota alphard untuk pergi jalan-jalan.. pastu nak beli wolkswagen beetle untuk aku pergi pasar.. mini cooper untuk hantar ensyirah pergi sekolah.. honda civic nak bagi mak dengan abah aku.. mercedes nak kasi mak dengan ayah mertuaku.. bmw 7series untuk suamiku pergi kerja.. dan gen-2 yang kami pakai sekarang untuk aku pergi kerja.. yang penting semua kenderaan di atas mesti kaler putih.. ;p

7.sejak zaman anak dara, aku memang fanatik dengan cheese cake.. aku dah try cheese cake kat banyak kedai kek tapi memang tak boleh challenge cheese cake kat secret recipe.. sampai suami aku sendiri dah tak reti nak makan kek kat tempat lain.. penyakit berjangkit duh!!

8.aku juga tersangat cintakan gadgets.. cuma keadaan ekonomi tak begitu mengizinkan.. setakat ni suamiku dah belikan pda dan kamera untuk mengisi hobi aku.. lepas ni katanya nak belikan laptop pulak supaya aku senang nak online.. suami korang?? :)

9.dulu time masih berdua, kami memang share hobi yang sama.. wayang, karaoke, bowling, jalan-jalan cari makan dan tido.. sekarang bukan tak buat lagi cuma kesuntukan masa jer.. tido je yang masih maintain jadi hobi.. tunggu ensyirah besar sket nak share hobi dengan beliau pulak.. tak sabarnya..

10.kami juga pernah memelihara sepasang tortoise yang dibagi nama totoigirl and totoiboy.. tak tau la betul ke tak sepasang sebab nampak sama jer dua-dua.. pekerja kedai tu pun seperti confident habis bila aku mintak seekor tortoise jantan dan betina.. tapi seekor dah mati sebulan kemudian.. dan aku anggap yang mati tu adalah totoigirl.. sebab konon-konon yang hidup tu totoiboy supaya suami aku tak marah bila tahu sebenarnya totoiboy yang mati tu.. kihkih.. tapi yang lagi satu tu pun baru je mati.. r.i.p..

11.time sekolah dulu aku tak ramai kawan.. kawan aku ada 6 orang jer dan kami gelarkan geng kami ‘the freaky girls’.. sebenarnya kitaorang dapat nama tu dalam majalah cerpen.. adalah satu cerpen pasal geng budak lelaki yang menggelarkan diri mereka ‘freaky boys’.. dan kami macam adore la konon ngan diaorang nih .. jadi terciptalah ‘freaky gils’..

12.masa kecil-kecil dulu aku bercita-cita nak jadi polis macam abah.. aku minat sangat dengan pakaian seragam.. macam best jer berbakti pada negara.. tapi bila dah masuk sekolah rendah aku teringin nak jadi arkitek walaupun aku tak tau arkitek tu buat apa.. masuk sekolah menengah aku teringin nak jadi pelukis.. sebab aku yakin aku ada bakat cuma perlu digilap lagi.. tapi masuk u aku kecewa sebab cita-cita nak ambil course AD terhalang.. terus takde mood nak berjaya dalam peperiksaan (alasan).. dan sekarang setelah dewasa, aku rasa nak buat semuanya.. sebab hidup ni cuma sekali.. yang penting kita enjoy!!!

13.hmm.. aku ni tak berapa suka memasak.. tak suka langsung sebenarnya.. tapi aku suka sangat mengemas rumah.. tak tahan kalau rumah/bilik bersepah ni.. mengemas rumah/bilik juga menjadi terapi bila aku tengah marah.. bila aku tengah marah memang berkilat dapur kat rumah.. habis baju2 aku selongkar pastu kemas balik.. tapi dah kawin ni aduhai kena belajar juga memasak weh..

14.masa sekolah dulu aku punyalah minat dengan siti nurhaliza.. berbuku-buku aku simpan gambar siti.. pastu mesti nak tiru stail siti.. alah, bukan aku sorang jer.. paling takleh lupa klip rambut butterfly yang siti pakai menjadi kegilaan ramai.. pastu time rambut siti panjang aku pun simpan rambut panjang, time siti potong rambut pendek aku pun potong rambut pendek.. hehe.. kalau dato’ siti tahu mesti dia terharu..

15.dulu aku ada cita2 rahsia iaitu nak jadi penulis novel.. maklumlah zaman sekolah dulu memang minat habis baca novel ahadiat akashah.. antara yang paling buat aku jatuh cinta ialah ‘lagenda budak setan’ dan ‘pilot cafe’.. punyalah tebal novel tu aku boleh khatam dalam sehari jer.. tapi time baca buku sekolah, perghhh, mata ni macam digam2.. mak selalu perli tapi aku buat tak reti..

16.kat rumah, sebagai seorang kaklong kepada 6 orang adik, aku selalu diberi extra tugas.. mak cakap yang besar kenalah mengalah.. tapi bila mak dengan abah takde kat rumah, dari kaklong aku bertukar jadi ah long.. haha paling best aku ajak adik aku gaduh tanpa suara (sebab taknak jiran sebelah dengar pastu mengadu kat mak).. caranya, kitaorang kena berlawan pukul sesama sendiri tapi tak boleh ada suara langsung.. saper yang bersuara dikira kalah.. tapi yang penting takleh bagitahu kat mak.. teka siapa selalu menang??..

17.masa kecil2 aku lebih suka main dengan budak lelaki dari budak perempuan.. aku dikira lasak jugak la kot.. aku pernah jatuh tangga sampai retak tulang rusuk sebelah kanan.. sampai sekarang rasa sakit time batuk atau menggeliat.. pastu tangan kanan aku patah sebab terhentak kat batu.. sampai sekarang tak boleh angkat barang berat2.. menulis pun tak boleh lama sangat.. doktor jugak cakap aku dah tak boleh bersukan.. kalau tidak mesti aku dah jadi atlit negara..

18.sepupu2 sebelah ayah aku semua kulit putih-putih belaka tiba-tiba aku seorang yang gelap maka mereka selalu cakap aku ni anak keling.. diaorang siap suruh abah kawinkan aku dengan Raja (tauke bas sekolah yang selalu jemput aku pergi-balik sekolah).. aku pulak ingat aku anak angkat.. pernah la dalam diam-diam aku check surat beranak dalam almari mak.. konfem aku anak kandung mak.. aku gelap sebab selalu berjemur kat padang..

19.kalau nak tahu aku ni pencinta yang setia.. 1st time aku jatuh cinta masa darjah 4 iaitu dengan norhisyam (bukan nama sebenar), tinggal kat depan rumah aku.. pastu masuk form 1 aku minat plak dengan seorang budak lelaki, azlan (bukan nama sebenar) yang muka dia sebijik macam muka norhisyam (bukan nama sebenar) tadi.. masuk uitm, aku suka pulak kat hanis (bukan nama sebenar), tapi dah ada awek plaks.. kemudian, dengan ****** (nama sebenar ni).. akhir sekali, dengan budak satu ofis aku, syed nur amirul.. aku dah kawin dengan beliau pun.. hehe.. cinta terakhirku.. love u!!!

20.sebenarnya aku ni kategori peramah la jugak kot.. tapi bukan untuk kali pertama kenal.. kebanyakan orang cakap 1st jumpa aku, diaorang ingat aku ni sangat serius dan garang tapi bila dah kenal tak sangka aku ni kelakar dan peramah (ni diaorang yang cakap tak tahu la kalau diaorang kelentong plak).. walaupun ramai yang pandang serong terhadap aku tapi aku tak kisah.. sebab hidup ni cuma sekali.. yang penting kita enjoy!!

21.masa aku form 3, aku pernah melalui saat-saat getir menghadapi insomnia.. aku tak boleh tido malam bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan tapi 2 tahun beb.. asal aku nak lelap mata je mesti macam ada satu makhluk yang nak terkam aku.. puncanya sejak aku tengok seorang budak perempuan sekolah aku mati excident kat tepi jalan.. lagi satu, sejak aku darjah 4 aku tido mesti sorok tangan bawah bantal.. sebab takut mona fendi datang potong tangan aku.. jadi jangan salahkan aku bila sekarang ni aku asyik tido jer.. aku just nak recover tak tido 2 tahun tu..

22.aku paling tak suka marah-marah, benci orang so bila rasa macam kemarahan dah menggelegakkan perasaan maka segeralah ambil wudhu.. sepatutnya.. tapi aku plak suka pasang lagu kuat-kuat.. pastu melompat ikut lagu tu.. fuuuhhh!!! dapat ar lepaskan kemarahan tanpa memudaratkan orang yang aku marah tu..

23.aku suka sangat window shopping.. tapi aku shopping sekali-sekala jer.. biasanya aku tak kisah pusing 10x pun dalam satu shopping complex.. kebaikan window shopping ialah dapat mengurangkan berat badan dan selulit.. haha.. sebenarnya aku suka wimdow shopping supaya aku tahu apa yang aku nak beli sebab aku tersangat cerewet.. tapi bila aku nak beli sesuatu pulak, aku mesti terus pergi ke tempat barang tersebut dijual sebab aku dah tahu kat mana nak cari..

24.nanti la pikir nak tulis apa lg..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.