Agar wajah selalu segar-berseri-cantik, cucilah minimum 5 kali sehari iaitu dengan air wudhu. Jangan dikeringkan oleh tuala, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah-solat-berzikir-berdoa.
Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah olahraga. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, sportgym, dan lain-lain, cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu-Allah SWT dengan zikir dan doa.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan doa-"Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii"- (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku)-HR Ahmad.
Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong-tidak menyakiti hati orang lain-tidak dipakai menyombongkan diri/takabur.
Agar tubuh langsing-mulus, lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2kali, Isnin dan Khamis. Jikalau kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti Nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak kenalan dan disayangi.
Get Nail Art Anak Anak Pictures
-
*Get Nail Art Anak Anak Pictures*. Harga kutek dan nail art anak llama
scented blitz & glitz nail art hot focus. Fever,mickey mouse snow white
nail stic...
4 years ago
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.