Kesihatan tubuh amat penting memandangkan Islam sendiri menggalakkan kita menjaga kesihatan sehingga Rasulullah s.a.w ada menerangkan di dalam beberapa hadis baginda tentang kesihatan menurut pandangan Islam.
Dari Ibnu Abas r.a berkata bahawa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w lalu ia bertanya kepada Rasulullah: “Apakah yang (baik) aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat 5 waktu?” Rasulullah menjawab: “Mintalah kesihatan”. Orang Arab dusun itu masih mengulangi pertanyaannya sehingga 3 kali. Maka untuk yang ketiga kalinya Rasulullah mengatakan: “Mintalah kesihatan di dunia dan di akhirat”.
Penjagaan kesihatan melalui makanan
Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Makan dan minumlah kamu tetapi jangan melampaui batas”. (Surah Al-Araf:31)
Terdapat beberapa garis panduan yang ditentukan baik untuk memilih makanan antaranya seperti:
• Hendaklah memakan makanan yang menjadi kebiasaan pada penduduk di negerinya
• Tidak memakan makanan yang menimbulkan rasa jijik kepadanya jika tidak maka akan menimbulkan kemudaratan
• Allah s.w.t telah menciptakan musim buah-buahan pada waktu tertentu yang sesuai dengan keadaan negeri tersebut maka hendaklah kita memakannya ketika datang musimnya
Adab-adab ketika makan:
• Bagi mendapatkan duduk yang selesa dan sesuai untuk pencernaan, di mana seluruh anggota badan berada dalam keadaan baik maka duduklah dengan keadaan bersila iaitu melipatkan kaki kanan di sebelah depan dan kiri di sebelah dalam
• Jangan makan makanan yang bercampur susu dan ikan, susu dengan sesuatu yang masam, dua jenis makanan yang menghangatkan/menyejukkan, dua jenis makanan yang berkanji, dua jenis hidangan yang keras menjadi hidangan yang bercampur.
• Jangan makan bercampur makanan yang cepat dengan yang lambat hadam, makanan yang dibakar dengan makanan yang dimasak serta mencampur susu dengan daging
• Jangan makan ketika makanan masih dalam keadaan sangat panas
• Rasulullah sangat menggalakkan makan malam walaupun hanya dengan segenggam buah kurma. “Meninggalkan makan malam mempercepatkan tua”-Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah
• Dilarang makan ketika berbaring kerana akan menyebabkan keras hati. Seeloknya berjalan 100 langkah sebelum tidur. Jika setelah makan terus tidur menyebabkan mudah diserang penyakit.
Penjagaan kesihatan melalui minuman
Minuman yang biasa diminum oleh Rasullullah adalah seperti:
• Madu – sangat berguna untuk kesihatan & pencernaan
• Air sejuk – melancarkan peredaran air dalam tubuh agar peluh dapat keluar dengan baik serta menormalkan suhu badan
• Air manis – bercampur madu/kurma dan bukannya air bergula, berkarbonat atau dari campuran bahan-bahan tidak asli
• Susu – menghangatkan badan ketika musim sejuk dan menurunkan suhu badan ketika musim panas
Adab-adab ketika minum:
• Minum air perlu diteguk sedikit-sedikit iaitu sekurang-kurangnya 3 kali teguk/3 kali bernafas. Baginda Rasulullah tidak minum air dengan sekali teguk dari gelas sebaliknya berhenti dan bernafas sekali, kemudian diulang untuk kali ke-2 & ke-3 dan baginda bernafas di luar gelas. Baginda bersabda, maksudnya: “Janganlah kamu minum dengan sekali nafas bagaikan minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali tarikan nafas. Sebutlah nama Tuhan (membaca Basmallah) apabila kamu ingin mulai minum dan pujilah Tuhan (membaca Hamdalah) apabila kamu telah selesai minum”- Riwayat Tirmizi
Penjagaan kesihatan melalui pakaian
Mengikut cara Rasullulah s.a.w berpakaian:
• Bermanfaat pada tubuh, tidak berat di badan, mudah memakainya dan mudah pula menanggalkannya
• Berlengan hingga ke pergelangan tangan, tidak melewati pergelangan tangan (jika terlalu labuh menyukarkan pergerakan, jika terlalu pendek tidak dapat melindungi dari panas & sejuk)
• Baju/jubah separas betis, tidak melewati buku lali (jika terlalu labuh menyukarkan bergerak, jika terlalu pendek akan menyebabkan kepanasan atau kesejukan)
• Serban baginda tidak terlalu besar sehingga menjadi beban berat kepada kepala
• Memakai kasut agar kaki terlindung dari rasa panas/sejuk
• Warna kesukaan Baginda adalah warna putih dan biru atau hijau
Penjagaan kesihatan di tempat tinggal
Tempat tinggal yang baik dan sihat seperti tuntutan Rasulullah s.a.w:
• Melindungi dari panas dan sejuk
• Membatasi pandangan mata (tertutup)
• Mencegah haiwan melata/merbahaya dari masuk
• Tidak roboh kerana terlalu berat/rapuh
• Tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas
• Tandas yang elok
• Peredaran udara yang cukup
Penjagaan kesihatan sebelum dan selepas bangun dari tidur
• Tidur awal (selepas solat Isya’) dan bangun awal pada seperdua malam terakhir
• Selepas bangun dari tidur hendaklah memberus gigi, berwuduk dan bersolat Tahajud
• Tidak tidur ketika perut kenyang
• Hendaklah tidur dalam keadaan mengiring ke kanan agar makanan tidak berhimpit dengan hati
• Dilarang tidur telungkup/meniarap, tidur telentang dan tidur pada siang hari (awal siang/hujung Asar)
• Tidur pada waktu Subuh beerti menolak rezeki
Penjagaan kesihatan melalui jimak
• Sebahagian ulama Salaf mengatakan: “Sudah sewajarnya seorang lelaki menjaga dirinya dalam 3 perkara iaitu :
i) Tidak meninggalkan berjalan kaki, sebab jika suatu ketika dia harus berjalan kaki, dia masih sanggup
ii) Tidak meninggalkan makan agar perut besarnya tidak menyempit
iii) Tidak meninggalkan bersetubuh, kerana sumber air (telaga) yang penuh airnya pasti akan melimpah keluar”
• Jimak memelihara pandangan mata dan mengelakkan seks rambang, memelihara dari zina dan menahan gelojak nafsu seks
• Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu yang sanggup kahwin, maka hendaklah ia kahwin. Sesungguhnya kahwin itu dapat memelihara mata dan lebih terpelihara kemaluan kerananya. Barangsiapa yang tidak sanggup berkahwin, maka hendaklah ia melakukan puasa kerana puasa itu merupakan perisai (terhadap perbuatan jahat)”.-Riwayat Bukhari dan Muslim
Adab-adab ketika berjimak:
• Sebelum berjimak hendaklah bercumbu, bercium dan mengucup bibir (mengulum lidah) isteri. Dari Jabir r.a berkata: “Rasulullah s.a.w melarang melakukan jimak sebelum terlebih dahulu bercumbu rayu”.
• Sesudah itu, hendaklah mandi junub (mandi hadas besar). Dari Abi Rafi’, maula Rasulullah s.a.w katanya: “Rasulullah menggiliri isteri-isterinya dalam satu malam. Baginda mandi setiap selesai menggiliri setiap isterinya. Maka aku bertanya: “Ya Rasulullah. Bagaimana jika engkau mandi (untuk semua isteri-isterimu) sekali mandi?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Ini (mandi junub setiap selesai menggiliri seorang isteri) lebih bersih dan lebih baik”. – Riwayat Abu Dawud
• Jika seorang suami ingin mengulangi jimak dengan isterinya sebelum mandi, maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu.
• Jimak yang sihat apabila makanan dalam perut sudah dicerna, dalam keadaan tubuh normal, tidak panas & tidak sejuk, tidak lapar & tidak kenyang dan ketika emosi stabil
• Setelah selesai berjimak, hendaklah mandi atau berwuduk dan tidak melakukan banyak pergerakan lalu kemudian tidur kembali
• Posisi terbaik jimak adalah ketika suami berada di atas badan isteri yang telentang seperti tempat tidur (adalah menyalahi fitrah apabila isteri berada di atas tubuh suami atau berjimak dari arah belakang (seperti kelakuan binatang)~
Penjagaan kesihatan melalui bau-bauan
• Bau-bauan harum sangat disukai oleh malaikat tetapi syaitan lari kerananya
• Syaitan suka kepada yang busuk, bangkai dan najis
• Haruman merangkumi perkataan, perbuatan, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain
• Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kekotoran dan sampah sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi (mereka suka membiarkan sampah sarap di halaman dan perkarangan rumah)”. – Riwayat Tirmizi
Get Nail Art Anak Anak Pictures
-
*Get Nail Art Anak Anak Pictures*. Harga kutek dan nail art anak llama
scented blitz & glitz nail art hot focus. Fever,mickey mouse snow white
nail stic...
4 years ago
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.