Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka..
Isteri:
Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami:
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri:
Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami:
Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri:
Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik,
mempunyai suara yang merdu,
penyayang,
dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah,
di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan
disebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu..
Sekarang bolehkah engkau bersuara?
TIDAK!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu..
Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
TIDAK!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu..
Sekarang bolehkah engkau tersenyum?
TIDAK!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..
Sekarang bolehkah engkau melangkah?
TIDAK!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
TIDAK!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati..
Get Nail Art Anak Anak Pictures
-
*Get Nail Art Anak Anak Pictures*. Harga kutek dan nail art anak llama
scented blitz & glitz nail art hot focus. Fever,mickey mouse snow white
nail stic...
4 years ago